Elements of Art



Unsur seni

Terdapat enam unsur seni dalam pendidikan seni visual. Antaranya ialah garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna. Tidak dinafikan keenam-enam unsur ini amat penting dalam penghasilan karya sesebuah seni mahupun dari segi seni sentuhan ataupun seni tampak. Dalam sesebuah karya seni sekurang-kurangnya terdapat satu unsur seni. 



Unsur-unsur seni:
1. Garisan
2. Rupa
3. Bentuk
4. Jalinan
5. Ruang
6. Warna





1) Garisan
Garisan merupakan cantuman titik-titik yang bersambungan atau yang mempunyai jarak tertentu.
Garisan memainkan peranan yang amat penting dalam mewujudkan rupa, bentuk, jalinan, pergerakan, ton dan corak.
Garisan juga memainkan peranan yang penting dalam menunjukkan seseorang perasaan dalam sesebuah karya.
1. Garisan merupakan cantuman beberapa siri titik.
2. Garisan wujud pada alam sekeliling, baik pada alam semulajadi,alam benda, flora mahu pun fauna.
3. Terdapat pelbagai jenis garisan seperti garisan putus-putus,garisan tebal, garisan nipis, garisan berduri, garisan beralun dan pelbagai lagi.
4. Garisan boleh diolah dengan pelbagai cara atau teknik dengan menggunakan pelbagai jenis media. Contoh menggunakan     teknik gosokan, capan, pualaman atau catan.









2) Warna

Warna memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan suasana yang tidak bosan.
Warna dapat menunjukan perasaan seseorang pelukis semasa menggunakan jenis-jenis warna dalam penghasilan lukisan.
Warna merupakan elemen yang amat penting dalam bidang seni visual.
Warna terbahagi kepada :

1. Warna asas - merah, biru dan kuning
2. Warna sekunder - campuran dua warna sahaja daripada      
    warna-warna asas
3. Warna tertiar - Warna Asas  + Warna Sekunder
= Warna Tertier
4. Warna harmoni - sekumpulan warna yang terletak
sebelah-menyebelah dalam roda warna.






No comments:

Post a Comment